Thursday, December 24, 2009

Program "International Service Learning Trip" ke Universitas Indonesia, Jakarta anjuran MPDM...

Assalamualaikum, salam perjuangan mahasiswa...

Dah dekat 7 bulan saya tak berkesempatan untuk update blog ni disebabkan kesibukan sepanjang berkhidmat selaku MPP. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk saya menulis kembali dalam blog ni.. InsyaAllah kali ini saya akan cuba untuk memberi sedikit komen berkenaan projek anjuran MPDM yang juga merupakan projek pengantarabangsaan mereka daripada perspektif pemikiran saya.

Suatu ketika aritu, tak ingat dah bila, saya terlihat satu kertas kerja projek pengantarabangsaan oleh MPDM di HEP. Tersentak diri ini melihatnya dan lahir rasa kagum kepada MPDM yang mampu untuk menghasilkan suatu idea untuk projek pengantarabangsaan lebih pantas daripada MPP. Untuk projek pengantarabangsaan MPP, saya dan rakan pemikir saya Munis mengambil lebih kurang 10 bulan untuk study berkenaan penganjuran projek ni dalam usaha untuk menghasilkan suatu projek yang mampu untuk memberi manfaat kepada yang pergi dan juga yang tidak pergi. Lahir dalam benak pemikiran ini apalah isi2 program yang bakal dibuat oleh MPDM ini namun tidak berani untuk membaca isi kertas kerja terbabit tanpa kebenaran.

Semalam, saya terlihat pulak surat yang mana MPDM ingin meminjam duit pendahuluan untuk melaksanakan projek ini dan saya berasa pelik, kenape nak pinjam?..adakah MPDM sudah mati akal untuk mendapatkan wang menampung kos projek.. Namun disurat tersebut dinyatakan oleh En. Hafiz tidak diluluskan.. Memang boleh agak apa keputusan kalo surat nak mintak duit camtu daripada universiti. Lebih-lebih lagi setelah USM diiktiraf selaku universiti APEX, bukan senag nak dapat peruntukan tanpa berusaha gigih terlebih dahulu. Bila saya tengok bawah sedikit tertera tujuan projek iaitu "mendedahkan kepada para pelajar khususnya penghuni desassiwa murni berkaitan institusi pengajian tinggi Indonesia terutamanya dalam bidang kesihatan, pergigian dan perubatan. selain itu program ini juga bertujuan untuk mendedahkan cara belajar dan memahami budaya dan cara hidup pelajar indonesia." Seterusnya, komen pun bermula.

Apabila melihat kepada tajuk program iaitu "International Service" pasti sahaja ramai daripada kalangan mahasiswa boleh mengagak kemana hala tuju MPDM ini akan pergi untuk program sedemikian. Sudah pasti ramai yang akan terfikir mereka bakal menghantar bantuan kemanusiaan paling kurang pun di Padang, Indonesia yang baru sahaja dilanda bencana alam. Namun bila dilihat "International Service" ke Universitas Indonesia saya terus tergamam. Apakah bencana yang berlaku di sana yang membolehkan kita untuk berkhidmat kepada masyarakat disana. Yang pasti adalah gerakan anti-Malaysia wujud disana. Disamping itu juga, bandaraya Jakarta lebih kurang je dengan bandaraya2 di Malaysia yang mana tidak memerlukan pasukan khidmat antarabangsa. Suadah jelas disini program ini tidak bertepatan dengan tajuknya dan telah menyeleweng. Apa yang pasti program ini bakal menjadi suatu program yang santai dan tajuknya hanyalah untuk mengaburi mata pihak atasan dan mendapatkan penajaan. Program-program santai seperti ini sebenarnya tidak layak untuk diklasifikasikan sebagai projek pengantarabangsaan seperti yang diperkatakan oleh timbalan menteri pengajian tinggi tempoh hari Dato' Saifuddin dalam ucapannya di USM tetapi lebih sesuai diklasifikasikan sebagai projek melancong.

Kedua, berkenaan dengan tujuan utama program iaitu untuk memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya penghuni desasiswa Murni berkaitan institusi pengajian tinggi Indonesia terutama dalam bidang kesihatan, pergigian dan perubatan. Persoalan yang hadir disini, apakah ini yang menjadi tujuan utama 38orang penghuni Murni ke sana. Ini jelas membazir duit universiti dan sekiranya menggunakan peruntukan desasiswa, ia membazir duit yang dibayar oleh setiap mahasiswa yang menginap di Murni. Alangkah lebih baik MPDM membeli TV plasma untuk penghuni desasiswa Murni seperti yang diperolehi oleh penghuni desasiswa Nurani yang lebih memberi manfaat kepada seluruh penghuninya. Untuk pengetahuan umum kos projek ini mencecah RM80k dan manfaatnya tidak jelas. Seperti yang pernah diperkatakan oleh ayahanda VC, sistem universiti dalam bidang kesihatan di Malaysia ini adalah lebih baik daripada di Universiti di Indonesia dan kenapa mahasiswa kita perlu didedahkan dengan sistem yang kurang baik itu. Mungkin ada sedikit sebanyak yang baik namun adakah relevan 38 orang dibawa ke sana? Jika mahasiswa kita benar2 mahu memperbaiki sistem institusi pengajian tinggi terutamanya di USM, pergilah ke NUS ataupun Chulalongkorn University yang mana keupayaan universiti tersebut telah dibuktikan dipersada antarabangsa dan kos kesana pun lebih murah. Tidak guna hanya untuk mendapatkan pendedahan semata2 tanpa tindakan susulan.

Dan yang ketiganya, rasanya cukup sampai yang ketiga dahulu memandangkan masa tidak mengizinkan, iaitu merupakan tujuan kedua program iaitu mendedahkan cara belajar dan memahami budaya dan cara hidup pelajar Indonesia. Adoiii... Tidak adakah tujuan lain yang lebih memberi manfaat kepada peserta sekurang-kurangnya. Kenapa perlu kita didedahkan dengan semua benda yang tidak membantu membangunkan mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa kita sudah besar dan sudah amat mahir dalam cara2 belajar ini dan tidak perlu untuk didedahkan lagi. Apa yang penting adalah mengikis sifat malas dalam diri mahasiswa itu yang lebih utama. Lagi seperkara adakah cara belajar mahasiswa indonesia ini suatu yang sangat penting sehinggakan kita nak sangat mempelajarinya. Selain itu, budaya dan cara hidup mahasiswa indonesia. Apakah yang kita boleh dapat daripada pendedahan kepada semua ini? Budaya kita boleh cari sendiri di internet dan sudah pasti cara hidup mereka lebih kurang sama sahaja dengan mahasiswa di Malaysia. Mungkin sedikit berbeza daripada bilangan mahasiswa mereka yang hidup mewah memandangkan sistem kemasukan kesana lebih mengutamakan wang. Sekiranya MPDM ke universiti yang dikenali "Ivy League University" mungkin boleh mempelajari cara hidup mahasiswa mereka yang berbeza dengan kita.

Akhir sekali, kepada mana yang mahu untuk menjalankan program pengantarabangsaan buat la sedikit kajian terlebih dahulu kerana sekiranya kita cuba untuk melakukan yang terbaik berdasarkan apa yang ada di Kampus Kesihatan sudah pasti kita tidak mampu melakukannya. Kampus kita kita kurang projek yang berkualiti kerana kurang melakukan kajian dan pendedahan seperti mana yang diperolehi di kampus Induk dan Universiti2 lain. Apa2 pun masih tidak terlambat untuk MPDM mengatur kembali strategi agar program pengantarabangsaan yang mereka mahu lakukan agar lebih bermanfaat. Saidina Ali r.a. pernah berkata "Sebaik2 manusia dimuka bumi ini adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang lain". InsyaAllah selepas peperiksaan profesional 2 saya tamat nanti saya akan mendedahkan apakah faedah yang bakal diperolehi oleh mahasiswa/i undergrad dan postgrad kampus kesihatan daripada projek pengantarabangsaan MPP yang juga merupakan hasil kajian selama lebih kurang 10 bulan.
Sekian dahulu daripada saya, segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. dan segala yang buruk itu datang daripada kelemahan diri ini.

I made this widget at MyFlashFetish.com.