Thursday, December 24, 2009

Program "International Service Learning Trip" ke Universitas Indonesia, Jakarta anjuran MPDM...

Assalamualaikum, salam perjuangan mahasiswa...

Dah dekat 7 bulan saya tak berkesempatan untuk update blog ni disebabkan kesibukan sepanjang berkhidmat selaku MPP. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk saya menulis kembali dalam blog ni.. InsyaAllah kali ini saya akan cuba untuk memberi sedikit komen berkenaan projek anjuran MPDM yang juga merupakan projek pengantarabangsaan mereka daripada perspektif pemikiran saya.

Suatu ketika aritu, tak ingat dah bila, saya terlihat satu kertas kerja projek pengantarabangsaan oleh MPDM di HEP. Tersentak diri ini melihatnya dan lahir rasa kagum kepada MPDM yang mampu untuk menghasilkan suatu idea untuk projek pengantarabangsaan lebih pantas daripada MPP. Untuk projek pengantarabangsaan MPP, saya dan rakan pemikir saya Munis mengambil lebih kurang 10 bulan untuk study berkenaan penganjuran projek ni dalam usaha untuk menghasilkan suatu projek yang mampu untuk memberi manfaat kepada yang pergi dan juga yang tidak pergi. Lahir dalam benak pemikiran ini apalah isi2 program yang bakal dibuat oleh MPDM ini namun tidak berani untuk membaca isi kertas kerja terbabit tanpa kebenaran.

Semalam, saya terlihat pulak surat yang mana MPDM ingin meminjam duit pendahuluan untuk melaksanakan projek ini dan saya berasa pelik, kenape nak pinjam?..adakah MPDM sudah mati akal untuk mendapatkan wang menampung kos projek.. Namun disurat tersebut dinyatakan oleh En. Hafiz tidak diluluskan.. Memang boleh agak apa keputusan kalo surat nak mintak duit camtu daripada universiti. Lebih-lebih lagi setelah USM diiktiraf selaku universiti APEX, bukan senag nak dapat peruntukan tanpa berusaha gigih terlebih dahulu. Bila saya tengok bawah sedikit tertera tujuan projek iaitu "mendedahkan kepada para pelajar khususnya penghuni desassiwa murni berkaitan institusi pengajian tinggi Indonesia terutamanya dalam bidang kesihatan, pergigian dan perubatan. selain itu program ini juga bertujuan untuk mendedahkan cara belajar dan memahami budaya dan cara hidup pelajar indonesia." Seterusnya, komen pun bermula.

Apabila melihat kepada tajuk program iaitu "International Service" pasti sahaja ramai daripada kalangan mahasiswa boleh mengagak kemana hala tuju MPDM ini akan pergi untuk program sedemikian. Sudah pasti ramai yang akan terfikir mereka bakal menghantar bantuan kemanusiaan paling kurang pun di Padang, Indonesia yang baru sahaja dilanda bencana alam. Namun bila dilihat "International Service" ke Universitas Indonesia saya terus tergamam. Apakah bencana yang berlaku di sana yang membolehkan kita untuk berkhidmat kepada masyarakat disana. Yang pasti adalah gerakan anti-Malaysia wujud disana. Disamping itu juga, bandaraya Jakarta lebih kurang je dengan bandaraya2 di Malaysia yang mana tidak memerlukan pasukan khidmat antarabangsa. Suadah jelas disini program ini tidak bertepatan dengan tajuknya dan telah menyeleweng. Apa yang pasti program ini bakal menjadi suatu program yang santai dan tajuknya hanyalah untuk mengaburi mata pihak atasan dan mendapatkan penajaan. Program-program santai seperti ini sebenarnya tidak layak untuk diklasifikasikan sebagai projek pengantarabangsaan seperti yang diperkatakan oleh timbalan menteri pengajian tinggi tempoh hari Dato' Saifuddin dalam ucapannya di USM tetapi lebih sesuai diklasifikasikan sebagai projek melancong.

Kedua, berkenaan dengan tujuan utama program iaitu untuk memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya penghuni desasiswa Murni berkaitan institusi pengajian tinggi Indonesia terutama dalam bidang kesihatan, pergigian dan perubatan. Persoalan yang hadir disini, apakah ini yang menjadi tujuan utama 38orang penghuni Murni ke sana. Ini jelas membazir duit universiti dan sekiranya menggunakan peruntukan desasiswa, ia membazir duit yang dibayar oleh setiap mahasiswa yang menginap di Murni. Alangkah lebih baik MPDM membeli TV plasma untuk penghuni desasiswa Murni seperti yang diperolehi oleh penghuni desasiswa Nurani yang lebih memberi manfaat kepada seluruh penghuninya. Untuk pengetahuan umum kos projek ini mencecah RM80k dan manfaatnya tidak jelas. Seperti yang pernah diperkatakan oleh ayahanda VC, sistem universiti dalam bidang kesihatan di Malaysia ini adalah lebih baik daripada di Universiti di Indonesia dan kenapa mahasiswa kita perlu didedahkan dengan sistem yang kurang baik itu. Mungkin ada sedikit sebanyak yang baik namun adakah relevan 38 orang dibawa ke sana? Jika mahasiswa kita benar2 mahu memperbaiki sistem institusi pengajian tinggi terutamanya di USM, pergilah ke NUS ataupun Chulalongkorn University yang mana keupayaan universiti tersebut telah dibuktikan dipersada antarabangsa dan kos kesana pun lebih murah. Tidak guna hanya untuk mendapatkan pendedahan semata2 tanpa tindakan susulan.

Dan yang ketiganya, rasanya cukup sampai yang ketiga dahulu memandangkan masa tidak mengizinkan, iaitu merupakan tujuan kedua program iaitu mendedahkan cara belajar dan memahami budaya dan cara hidup pelajar Indonesia. Adoiii... Tidak adakah tujuan lain yang lebih memberi manfaat kepada peserta sekurang-kurangnya. Kenapa perlu kita didedahkan dengan semua benda yang tidak membantu membangunkan mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa kita sudah besar dan sudah amat mahir dalam cara2 belajar ini dan tidak perlu untuk didedahkan lagi. Apa yang penting adalah mengikis sifat malas dalam diri mahasiswa itu yang lebih utama. Lagi seperkara adakah cara belajar mahasiswa indonesia ini suatu yang sangat penting sehinggakan kita nak sangat mempelajarinya. Selain itu, budaya dan cara hidup mahasiswa indonesia. Apakah yang kita boleh dapat daripada pendedahan kepada semua ini? Budaya kita boleh cari sendiri di internet dan sudah pasti cara hidup mereka lebih kurang sama sahaja dengan mahasiswa di Malaysia. Mungkin sedikit berbeza daripada bilangan mahasiswa mereka yang hidup mewah memandangkan sistem kemasukan kesana lebih mengutamakan wang. Sekiranya MPDM ke universiti yang dikenali "Ivy League University" mungkin boleh mempelajari cara hidup mahasiswa mereka yang berbeza dengan kita.

Akhir sekali, kepada mana yang mahu untuk menjalankan program pengantarabangsaan buat la sedikit kajian terlebih dahulu kerana sekiranya kita cuba untuk melakukan yang terbaik berdasarkan apa yang ada di Kampus Kesihatan sudah pasti kita tidak mampu melakukannya. Kampus kita kita kurang projek yang berkualiti kerana kurang melakukan kajian dan pendedahan seperti mana yang diperolehi di kampus Induk dan Universiti2 lain. Apa2 pun masih tidak terlambat untuk MPDM mengatur kembali strategi agar program pengantarabangsaan yang mereka mahu lakukan agar lebih bermanfaat. Saidina Ali r.a. pernah berkata "Sebaik2 manusia dimuka bumi ini adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang lain". InsyaAllah selepas peperiksaan profesional 2 saya tamat nanti saya akan mendedahkan apakah faedah yang bakal diperolehi oleh mahasiswa/i undergrad dan postgrad kampus kesihatan daripada projek pengantarabangsaan MPP yang juga merupakan hasil kajian selama lebih kurang 10 bulan.
Sekian dahulu daripada saya, segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. dan segala yang buruk itu datang daripada kelemahan diri ini.

39 comments:

  1. Alhamdulillah my team and i went to Universitas Gadjah Mada and conduct humanitarian mission with local NGO there few months before. Thanks God that part of our budget was sponsored by USM. from what i see there, if you're really think about internalization. dont go to Indonesia but instead go to other develop country like japan, aussie or europe. it worth a lot compared to Jakarta. we are far better than them even though our ranking are below them.

    but i do look forward any society sending volunteer to disaster place like Padang, congo or others. i absolutely give my all supports and join it.

    ReplyDelete
  2. yuppp... i'm absolutely agree wif u bro naim..Indonesia isn't the best place for internationalization program since they're at our country level...not to condemn them but that's a fact..Anyway, there's something interesting dat we can find there which is the credibility of their student leaders..you 'll find out that their student leaders much2 better than our in many aspect..all these result from not implementg law such auku towards their students...

    when talking about ranking, it's true dat we cant deny some of their universities occupy better places than us but 've to bare in mind dat USM isn't run on the same track as they r n eventually not followg d criterias which was made by THES-Qs. we make our own model of university which is university of sustainability where we concern of people at the bottom of d pyramid...

    it's sound good bro naim to send volunteer to places such padang, congo n so forth but how many of our students concern of their pitfall?..

    ReplyDelete
  3. Salam aspirasi mahasiswa bersatu,
    Sapa kamu?? our project bawah MPD Murni yang telah diluluskan oleh TNC HEP, Pengarah Kampus dan Kem. Pengajian Tinggi. Dan kami berbangga dengan adanya projek ini yg ulung kalinya diadakan oleh MPDM after USM diistiharkan as Apex University. So, what?? it's all about experience to organise a project especially international project. At least, we can gain our money by our own self. we have done a lot of things to get sponsor from outsider. dan untuk pengetahuan, kami dh cari alternative to minimised the cost for the project dan alhamdulillah...
    i appreciate your comment toward our project. But don't judge that we never think about all those things. Apa yang kurang n jelek, dah dibaiki n hope this project will success. Projek ini merupakan projek pengantarabangsaan pertama MPDM after USM diistihar as Universiti Apex.n kami berbangga kerana projek ini mendapat sokongan moral yang tinggi daripada pihak USM. Untuk pengetahuan saudara lagi, kami telah berusaha mendapatkan sejumlah peruntukkan melalui saluran yang telah ditetapkan melalui kelulusan TNC HEPP sendiri. dan kebanyakkan sumber kewangan kami adalah dari sumber kewangan luar. sekurang-kurangnya kami berdikari mencari penajaan sendiri daripada terus menagih mengharap bantuan Universiti. Apa yang telah Mantan MPP telah lakukan untuk sahut seruan ni?? apa projek yg telah mantan MPP lakukan yg memberi manfaat kepada student?? apa manifesto mantan MPP yang telah berjaya diperolehi?? selain memburukkan nama orang lain?? Sedang tak tahu apa2 psal mlatar belakang projek ni. TV Plasma?? adoi...saudara,tu peruntukkan desa dan kami tak penah sentuh duit desa untuk projek ni.
    Yer mahasiswa kita sudah besar dan mereka mampu menilai dan membuat pilihan sendiri. Projek yg kami jalankan adalah melalui sesi temuduga bersama penggawa dan ianya terbuka kepada semua penghuni yg menginap di DESA MURNI. semua penghuni diberi peluang sama rata untuk hadiri temuduga sekiranya berminat. Begitu juga dengan SUKAD and aktivti lain, tidak semua penghuni yang terlibat. hanya sebahagian kecil yg layak diberi peluang setelah saringan dilakukan. mengapa hendak disempitkan fikiran. Pelajar Apex kah begini? kiranya persolan 38 orang org pelajar pun menjadi satu isu? lihatlah dari sudut lain.
    If kalaupun bagi pandangan saudara, ini adalah projek pelancongan, apa masalahnya?? sedangkan kami berjaya mendapatkan tajaan melalui jualan yang kami laksanakan tiap malam, melalui surat tajaan luar. melalui saluran yg betul. Bukan duit melalui Universiti! Duit kami! Usaha kami!
    Budaya dan suasana di tempat orang itu nyata berbeza walaupun hampir serupa. Apa masalahnya if kami memilih Indonesia sebagai Negara lawatan kami? N Universitas Indonesia sebagai tujuan utama kami? Dan jika itu pendirian kami? Ada masalah dipihak saudara? Sedang pihak Universiti pun tak kecoh2 malah memberi sepenuh sokongan kepada kami. Kalau melancong sekalipun, bukankah budaya dan Negara orang yg kita cari? The environment itu berbeda. Bagi yg pernah melawat bolehla kata tak ada bezanya dengan Malaysia. But bagi yg tak pernah sampai ke sana, bukankah itu merupakan satu pengalaman??
    Apa2 pun yang saudara ingin katakan, katalah.. Cumanya bukalah minda sikit. Jangan terlalu terkongkong dengan menda2 yang remeh n hanya tahu nak kritik but do nothing. wassalam

    ReplyDelete
  4. Salam Perjuangan Mahasiswa...
    xkan xkenal saya..wat lawak lak dia..sy nasihatkan anda komen bukan mewakili mana2 organisasi tapi buat komen individu..bukan semua MPDM berpandangan seperti anda dan tindakan anda adalah tidak profesional n tidak melambangkan anda mahasiswa kelas pertama..Maaf atas teguran ini tapi ini adalah ikhlas utk mematangkan anda..Sedikit komen mengenai cara anda respon kepada post sy, nmpaknya anda menulis mengikut hati yg marah lantas tidak mmpu berfikir scr rasional..izinkan sy utk utk patahkan segala hujah anda..Pemimpin yg hebat xkan mudah melenting bila dberi komen..

    Memangla sume projek dapat kelulusan pihak2 tu...cuba cakap kat saya mana dia kertas keje projek yg xdluluskan?Memangla bagus wat projek camtu, untuk tambah experience tp apa yg saya kritik adalah pembawaan kepada projek tersebut...memangla julung kali sbb korg MPD pertama yg dilantik lepas USM dapat status Apex sbb korg baru separate dengan MPDN..ape nyer hujahla camtu..memutar belit je..tu yg cakap td jangan gne nama organisasi sbb mmburukan org laen yg x spendapat dgn anda..saya pun xgne stand MPP utk kritik tp indvidu..

    saya tidak kritik pasal sponsor anda tp apa yg sy tekankan jgn bazir duit pljr kalo program yg xmmpu bnefit plaja laen..kan sy dah kata sekiranya gne peruntukan desasiswa n U..kalo xguna okla..sikit xpe jgn banyak..sy xnampak anda menghargai kritikan sy kerana anda serang balik dengan kata2 yg agak keras kepada sy..xtaula tu style "APEX STUDENT"...hanya org yg x boleh trima kritikan yg akan serang balik kritikan org laen..

    ReplyDelete
  5. smbgn...

    Percayalah cakap sy, anda xkan dapat sponsr pernuh daripada USM..xperlu mengharap..n rsnya xperlu djelaskan anda akan cr sponsor lua..semua org tau...cuba bgtau saya projek mane yg xdapat sokongan moral daripada pihak USM?nak tau gak..spnjg sy bersama MPP semua projek mndapat sokong moral daripada semua pihak kat USM.kat lua pun ada...

    Menjawab persoalan apa yg telah saya lakukan utk sahut seruan APEX, sy memperbaiki dasar pengantarabgsaan itu sndri..kita dok sebuk nak g luar ngara dsbnya tapi core dia xcapai...sy bukan berpemikiran jumud seperti yg anda sangkakan..anda lihat bahasa asing yg telah btmbah kat pusat bahasa?itu hasil pbncgn MPP dengan pengerusi bahasa asing di induk n yg kat USMKK..ada byk lagi n malas nak cite..kalo nak jumpa sy scr personal n akan sy lanjutkan..sy lebih suka mahasiswa yg suka bercakap face2face n btggjwb atas ape yg dperkatakan..jgn tnya apa projek yg dah beri manfaat kepada pelajar kpd sy.anda cuba utk alert sdikit dengan sekitar yg berlaku dlm kampus dan cuba berfikir dluar kotak n insyaAllah anda akan ketahui..rsnya anda xjoin program MPP kot ni tu yg xtau..MPP join program MPD tp Xjoin program MPP..ape kes...

    manifesto mantan yg dah dbuat bykla wei..tu r akibatnya xalert skitar yg blaku dlm kampus..g visit mpp.kk.usm.my deh..ade cite kat dlm tu..yg detail ag g jmpe sy..bru profesional cmtu..sy xmakan org..hehe..sy x mmburukkan mana2 pihak tp sekadar teguran..maafla skiranya anda mlihat sbg bntuk mmburukan anda..sy telah d amanahkan TNC utk lakukan somethg thadap projek yg diadakan student USMKK krn d assume kurang berkualiti..salah satu method yg sy gunakan adalah kritik..tp sy bukan kritik mmbabi buta, diselitkan skali cadangan pmbaikan daripada sy..kalo nk mmburukan org xkan bg cadangan la wei...

    memangla pruntukan desa..sbbtu sy kata sekiranya guna..lg sy ingin tegaskan jangan tulis mengikut prasaan..tulisla ikut akal yg waras...

    adakah anda merasakan dr anda tu plajar apex?sy bukan pelajar apex tp sy mahasiswa APEX..bbeza dgn pelajar.hehe..cr pnulisan anda memalukan "pelajar APEX"..menulis ikut prasaan..malu ke visitor blog ni yg tdiri drpd MPP2 sluruh malaysia..ni ke produk U APEX..lg 1 anda x faham sbnrnya ape APEX tu..APEX ni sbnrnya lbh utk postgrad student..so jgn blagak jd student apex..malu dgn student U laen yg bukan apex tp lbh mntap drpd anda..

    bagusla kalo dapt penajaan sndri..ape yg sy pertikaikan sekiranya anda tlalu bgntung kpd peruntukan U.kan ade perkataan "sekiranya"..bc btol2..projek pelancongan ke?hehe,..tajuk dia international service n sy tcari2 mana khidmat antarabgsa yg anda mahu buat..baru sy tau pelancongan tu mrupakan khidmat antrbgsa..:)..mmg xsalah pilih sana tp ape yg sy nak cakap just nk bg u all sdikit idea bkenaan U yg korg bakal nk g tu...dsmpg tu sy cdgkan U yg jauh lbh baek daripada U yg anda nk g tu.tu pun kalo btol2 nak bntu mahasiswa USM jd U APEX..Mmgla U xkecoh2..xsalah pun g sana..laen r korg g israel bru meke nak kecoh..

    sbb pnh g tu yg nak ckp awl2 cr tmpat yg bbeza dgn msia..ni sama cam brenang dlm sungai yg ade buaye..dah tau ade yg dah kne baham, g mandi gak sbb xrs ag kne baham dgn buaye..

    prenggan terakhir tu jelas mnunjukan anda tidak boleh trima kritikan...hehe...kalaupun tkongkong, mane yg rs tkongkong tu jgn ikut...sy cadangkan anda utk g U yg top 100 dunia anda kata tkongkong..huhu..plik bin ajaib..skurang2nya sy kritik sblm projek anda djlnkan spy leh pbaiki tp anda kritik kpmmpinan MPP lepas kami abis khidmat..apex ke camtu?..ish3...pastu sy close minded..igt sng ke nak dpt kritikan + cadangan..hanya yg btol2 ikhlas nk bntu korg utk improve je akan wat cmtu..
    pape pun be cool..sori r lmbt reply sbb bz..Islam dlu hebat sbb ade kritikan cmni ms majlis syura dsbnya..ingt kita akan hbt ke tnpa kritikan...renung2kan..peace..

    ReplyDelete
  6. 偉大的致富萬能之鑰,正是幫你充分掌握自己心志所必須的自律自制..................................................

    ReplyDelete
  7. hello~welcome my world~<. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

    ReplyDelete
  8. 人要學習健忘,把所有不如意忘掉,才會快樂。..................................................

    ReplyDelete
  9. Quality is better than quantity..................................................................                           

    ReplyDelete
  10. 您的blog蠻不錯的耶,祝你快樂哦!期待您的更新!.................................................................                           

    ReplyDelete
  11. 當一個人內心能容納兩樣相互衝突的東西,這個人便開始變得有價值了。............................................................

    ReplyDelete
  12. 好文章就值得回響,如果可以常常看到您的更新,應該是件很幸福的事情~~............................................................

    ReplyDelete
  13. 在你一無所有的時候 是誰在陪伴你 他便是你最重要的人............................................................

    ReplyDelete
  14. 教育的目的,不在應該思考什麼,而是教吾人怎樣思考............................................................

    ReplyDelete
  15. 與人相處不妨多用眼睛說話,多用嘴巴思考. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

    ReplyDelete
  16. 唯有用熱情、用智慧去觀察事物,這事物才會把他的秘密,洩漏給我們......................................................................

    ReplyDelete
  17. 唯有用熱情、用智慧去觀察事物,這事物才會把他的秘密,洩漏給我們......................................................................

    ReplyDelete


I made this widget at MyFlashFetish.com.