Thursday, March 12, 2009

isu cafe nurani & wifi

petikan perutusan mpp bertarikh 24 februari 2009...


cafe nurani:

BERKENAAN ISU CAFÉ, PIHAK UNIVERSITI BERSAMA MPP TELAH BERMESYUARAT PADA 9/02/2009 YANG LALU UNTUK MEMBINCANGKAN ISU-ISU CAFÉ DI USMKK DAN PIHAK UNIVERSITI BERJANJI UNTUK MENYELESAIKAN SEGALA ISU BERKENAAN DENGAN CAFÉ DI USMKK.

SETELAH 2 MINGGU BERLALU, MPP MASIH MELIHAT ISU TERSEBUT MASIH LAGI BELUM DISELESAIKAN TERUTAMA DI CAFÉ NURANI. MUNGKIN PROSEDURNYA MEMERLUKAN MASA YANG PANJANG. JUSTERU ITU, MPP TELAH MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MEMBANTU PIHAK UNIVERSITI MENYELESAIKAN MASALAH DI CAFÉ NURANI(UTAMA) DENGAN MENGHANTAR SURAT KE PENGURUSAN CAFÉ NURANI(UTAMA) UNTUK MELAKSANAKAN 4 PERKARA:

1. MENURUNKAN HARGA MAKANAN MENGIKUT SPESIFI KASI YANG TELAH DITETAPKAN.

2. MELABELKAN HARGA MAKANAN.

3. MENINGKATKAN KUALITI MAKANAN

4. MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN CAFÉ.

SEKIRANYA 4 PERKARA INI TIDAK DILAKSANAKAN SELEWAT-LEWATNYA 1 MAC 2009, PELAJAR USMKK AKAN MENGGUNAKAN “STUDENTS POWER” DENGAN MEMBOIKOT CAFÉ NURANI(UTAMA).

DIHARAP AGAR PELAJAR USMKK DAPAT BERSABAR DALAM USAHA MENYELESAIKAN ISU LAMA USMKK INI.


resolusi:

pihak MPP telah melihat perubahan pada cafe nurani setelah menghantar surat amaran boikot sekiranya tidak menunaikan permintaan MPP. MPP amat berterima kasih kepada pihak cafe kerana bekerjasama dengan MPP dalam usaha untuk memastikan kebajikan pelajar terjaga. justeru itu MPP memohon agar pelajar kampus kesihatan tidak memboikot cafe nurani kerana mereka telah melakukan apa yang kita pohon dan mereka juga berjanji untuk memperbaiki segala kelemahan mereka dari masa ke semasa. kerjasama daripada pelajar semua amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.



Wifi:

UNTUK MAKLUMAN PELAJAR, PIHAK PPKT TENGAH BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN KEUPAYAAN INTERNET DI SETIAP DESA DENGAN MENAMBAH BILANGAN AP DI DESA. JUSTERU ITU, PROSES INI MEMERLUKAN MASA UNTUK DISIAPKAN. KESAN DARIPADA PROSES INI AKSES INTERNET DI SETIAP DESA SEMAKIN PERLAHAN DAN ADA DI SESETENGAH TEMPAT TIDAK DAPAT MENGAKSES INTERNET LANGSUNG. MPP MEMOHON AGAR PELAJAR UNTUK BERSABAR BUAT SEKETIKA.


resolusi:

untuk kemudahan wifi di nurani, kerja2 upgrade telah selesai dilaksanakan manakala di murni baru sahaja diusahakan. MPP memohon agar penghuni di murni bersabar dalam proses upgrade ini. bagi nurani putera mungkin ada segelintir bilik mengalami masalah lagging dan ini bukannya masalah AP yang baru dipasang tetapi ada segelintir pelajar yang membuat network sendiri untuk bermain game multiplayer. tindakan segelintir pelajar ini akan melemahkan signal wifi seterusnya mengakibatkan pengguna yang lain mengalami masalah untuk menggunakan internet. perkara ini hanya berlaku di putera sahaja. justeru itu MPP memohon pelajar2 ini untuk menghormati pengguna yang lain dan tidak membuat network lain untuk tujuan bermain game(kepentingan diri sendiri) agar tidak menjejaskan pengguna yang lain.kerjasama anda amat dihargai.



p/s: mohon pelajar USMKK untuk memberi komen sekiranya ada ketidakpuashatian kepada mana2 cafe dan wifi agar boleh diperbincangkan sebelum MPP menganjurkan isu ini kepada pihak yang berkenaan..sekian..mohon pelajar untuk tidak menggunakan bahasa kesat dalam ruangan ini. jagalah status anda sebagai mahasiswa APEx University.

"satu suara satu perjuangan"
"menerajui kepimpinan berwibawa dan lestari"

No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.