Thursday, March 12, 2009

Pimpinan USMKK yang baru..

Tanggal 15 Januari 2009, telah diumumkan keputusan Pilihanraya Kampus bagi Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (The APEx University) dan alhamdulillah dengan berkat izinNya aku telah menang dalam pilihanraya tersebut dengan undi sebanyak 721 mengatasi 2 calon yang lain. terdetik di dalam hatiku "layakkah diriku ini menjadi pemimpin pelajar". namun persoalan itu masih menimbulkan tandatanya tanpa sebarang jawapan.


Pada keesokan harinya, aku dan rakan2 MPP USMKK yang lain ke Kampus Induk USM di Penang untuk menghadiri mesyuarat yang pertam MPP untuk perlantikan majlis tertinggi. sebelum meeting tersebut aku dan rakan MPP yang lain berbincang berkenaan agenda meeting yang bakal kami hadiri malamnya. dalam perbincangan kami, MPP USMKK telah sebulat suara untuk melantik diriku sebagai Pengerusi MPP Kampus Kesihatan USM merangkap Naib Yang Dipertua MPP USM.pada mulanya aku menolak kerana kurang yakin akan kemampuan diriku namun setelah didesak oleh MPP yang lain akhirnya aku akur dengan keputusan majoriti. mungkin ini petanda yang Allah memilihku dan aku yakin dengan ketentuan Allah sesungguhnya Dialah tuhan yang Maha Mengetahui apa yang baik & ape yang buruk bagi diriku.




Selepas menerima perlantikan tersebut teringat kembali bagaimana peristiwa Saidina Umar al-Khattab yang pernah berkata2 "cukuplah diriku ini sahaja daripada kalangan ahli keluargaku sahaja yang menjadi khalifah kerana aku khuatir ahli keluarga ku tidak mampu memikul amanah yang berat sebagai khalifah yang baik"..huuuuhhhh..dosaku sebelum ini sudah menggunung tingginya dan kiranya aku gagal melaksanakan amanah ku dengan baik makin bertambahlah dosaku.."ya Allah bantulah hamba mu ini agar menjadi pemimpin mukmin yang terbaik"...

Aku tertarik dengan ucaptama yang disampaikan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebaik sahaja beliau dilantik menjadi khalifah yang pertama menggantikan Rasulullah setelah kewafatan baginda dan aku merasakan ucapan tersebut amat sesuai untuk menjadi tatacara,dasar, program & peraturan kepimpinan diriku.InsyaAllah...Beliau berkata:

"sesungguhnya saya sudah berkuasa ke atas kamu semua padahal saya bukanlah yang paling baik di kalangan kamu semua. apabila saya baik, bantulah saya. apabila saya buruk luruskanlah saya. kebenaran adalah amanah, kebohongan adalah khianat. orang yang lemah di antara kamu semua merupakan orang yang kuat disis saya, sehingga saya mengembalikan haknya. orang yang kuat di antara kamu semua merupakan orang yang lemah disisi saya, sehingga saya mengambil hak daripadanya. jika satu kaum meninggalkan perjuangan(jihad), maka Allah menghina mereka. dan tidak tersebarnya keburukan dalam kaum kecuali Allah akan mendatangkan bala bencana kepada mereka. taatilah saya, selama mana saya mentaati Allah dan rasulnya. jika saya melakukan maksiat kepada Allah dan rasulnya, maka tidak ada ketaatan kepada saya".

No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.