Thursday, March 12, 2009

lawatan ke parlimen malaysia


10 mac 2009 yang lalu, MPPUSM telah di jemput untuk menghadiri persidangan parlimen pembentangan bajet mini. ini merupakan kali pertama aku memijak kaki ke parlimen negara.
kegembiraan bila sampai di parlimen tidak dapat ku ungkapkan. faham2 jela bile 1st time ke parlimen di tambah pula berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat barisan pimpinan negara.



kami mula memasuki dewan rakyat pada jam 2.35pm. sebelum itu kami telah diberi taklimat berkenaan peraturan semasa memasuki dewan rakyat. antaranya ialah tidak membuat bising, tunduk sebelum duduk dan tunduk sebelum meninggalkan tempat tunduk sebagai tanda hormat kepada YDP dewan rakyat. banyak lagi sebenarnya peraturan yang lain.
untuk sesi yang pertama kami menghadiri sesi perbahasan daripada dato' nazri aziz selaku menteri dan pembentangan yang beliau buat ditentang hebat oleh barisan pembangkang walaupun ramai pemimpin pembangkang tidak hadir tmasuk pemimpin yang aku kagumi dato seri anwar ibrahim. sesi perbahasan yang pertama ini tamat sekitar jam 4pm.





seterusnya kami keluar daripada dewan untuk ke ruang menunggu. di sini kami telah berjumpa dengan wartawan yang bersiap sedia untuk bertugas untuk pembentangan mini bajet negara. dikesempatan itu kami telah didekati oleh wartawan berita harian dan meminta kami untuk "posing" untuk di masukkan dalam akhbar..berita harian..haha..alhamdulillah akhirnya berjaya jugk aku masuk dalam akhbar utama negara.




selepas itu, kami memasuki semula dewan rakyat untuk sesi pembentangan mini bajet negara. masa kian berlalu, seorang demi seorg rakanku rebah dibuai mimpi. tidak kurang juga banyak menteri yang tido semasa pembentanagn bajet tersebut..mungkin terlalu bosan kot..hehe..pape pun aku pun lentok gak lepas beberapa minit selepas mendengar pembentangan itu. memang sedap tido di dewan rakyat. bukan senang nak tido dalam tu..hehe..rumusannya aku tak tau ape isi kandungan bajet mini tu.bangun2 je menteri dah nak bersurai.



setelah tamat sesi tersebut aku sempat bersalaman dengan timbalan menteri pngajian tinggi iaitu dato idris haron dan ayah "dafi" dan sempat untuk membincangkan isu2 semasa dikalangan mahasiswa. untuk mahasisiwa kampus kesihatan aku mohon maaf sebab terlupa nak usulkan isu jpa gred B.hehe..terlalu excited sampai terlupa...jangan kecewa k..nanti masa konvensyen majlis perwakilan pelajar akan ku usulkan..insyaAllah..
setelah semuanya selesai aku, fadhli & kak mah kembali ke kampus kesihatan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai mahasiswa dan pemimpin mahasiswa. insyaAllah suatu masa nanti aku akan kembali ke sana bukan sebagai pelawat tetapi sebagai menteri..insyaAllah...the next tun mahathir is in the making....

No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.