Thursday, March 12, 2009

rahsia Disebalik "21"

tepat jam 12am 12/03/2009 maka tamatlah sudah umur ku yang ke 20. samada umurku yang lalu telah dimanfaatkan dengan baik ataupun tidak aku pun xpasti. hanya Allah yang pasti. apa2 pun aku telah melakukan yang terbaik untuk umurku yang ke 20. rmai orang bergembira bila menyambut hari lahirnya tanpa mengira umur. yang tua bangka pun ada yang bergembira bila menyambut hari lahirnya meskipun rumah sudah kata pegi & kubur kata mari.



namun, bagiku bila menjelang hari lahir, ia merupakan saat yang sedih bagiku kerna diriku semakin menghampiri kematian. tak mampu untuk aku bayangkan saat kematiaan ku dan tak sanggup untuk aku mati. aku sedar mati itu akan keperitannya. sehingga diceritakan dalam sirah nabi isa a.s. dimana baginda telah menghidupkan mayat yang telah mati. setelah bangkit sahaja mayat tersebut mayat tersebut memarahi nabi isa a.s. kerana menghidupkannya kembali. dia menceritakan betapa sakitnya mati sehingga walaupun dia telah mati 2000 tahun yang lalu sakit mati itu masih dia alami sehingga kini. dan dia tidak sanggup untuk mengharungi mati itu lagi untuk kali kedua. subhanallah..insaflah wahai manusia...

kembali semula kepada topikku tadi, sebelum ini nombor 21 pada diriku telah menjadi persoalan kepada rakan2 ku. ramai yang bertanya kenapa aku suka meletakkan no 21 pada email address,user dan sbgainya. ada yang membuat definisi no21 yang aku gunakan itu adalah tarikh lahirku. tetapi tarikh lahirku tidak ade kne mngena dengan 21. ada juga yang mendefinisikan no 21 itu sebagai no kesukaan diriku tapi no kegemaranku bukan 21 tapi adalah 7.ada jugak yang cuba mengaitkan nombor tersebut dengan tarikh lahir awek ku..aku pun xpasti,mungkin suatu hari nanti tapi masih salah.jika nak dikaitkan dengan umur aku memang totally out sebab umur aku lebih muda. aku mula menggunakan no21 ini sejak berumur 12 tahun lagi. so, apakah sebenarnya rahsia disebalik no21 yang gemar aku gunakan itu?menjadi persoalan tanpa jawapan sebelum ini.
memandangkan aku telah berumur 21,dikesempatan ini ingin aku mendedahkan rahsia disebalik no21 yang aku guna itu.jeng3....




haha...susah sebenarnya aku nak jelaskan bagaimana..pape pun biar aku bercerita mengenai sejarahnya terlebih dahulu..semasa aku berumur 12 tahun ayahku telah menghadiahkan aku sebuah komputer. faham2lah perasaan aku ketika itu bila menerima hadiah yang hebat seperti itu. bila dapat sahaja komputer itu, aku banyhak menghabiskan masaku bersama komputer itu sehingga mengabaikan pelajaran. dan akhirnya result upsr aku tidak memuaskan parentku..memang rasa bersalah sangat ketika itu kerana menghampakan harapan mereka. sejak daripada itu aku berazam dalam masa 9 tahun akan datang aku mesti jadi individu yang hebat dalam semua hal dan 9 tahun akan datang itu adalah ketika aku berumur 21. no 21 ini telah menjadi matlamatku untuk menjadi individu yang hebat menjelang umur 21. dalam perjalann ke umur yang 21 aku telah berusaha memantapkan diriku daripada segala aspek untuk mencapai matlamat ku. aku banyak mengembara untuk menimba pengalaman di negeri sendiri dan negeri orang lain. dari sebuah institusi pendidikan ke institusi pendidikan yang lain. kini aku telah berusia 21 tahun. adakah apa yang aku pelan dahulu mencapai matlamatnya?...bagiku, apa yang menjadi pelan dan matlamatku 9 tahun yang lalu telah tercapai. dan bagi orang lain terpulanglah untuk menilai. apa yang penting aku telah berpuas hati. semoga Allah merahmati diriku ini, memberi nur hidayah dan rahmatNya kepadaku agar aku menjadi mukmin yang sejati...insyaAllah..

No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.