Sunday, March 15, 2009

Dasar pengantarabangsaan mahasiswa USMKK...


Mungkin ada dikalangan pelajar USMKK tidak tahu berkenaan dengan manifesto saya semasa pilihanraya januari yang lalu. Antara salah satunya ialah mengantarabangsakan mahasiswa perubatan USM...hmmm.. mungkin ada yang mengatakan ini hanyalah janji2 kosong sahaja daripada saya. Memang saya tak nafikan saya xmampu untuk merealisasikan manifesto tersebut dalam tempoh perkhidmatan saya sebagai MPP namun ia bukan penghalang bagi saya untuk terus memperjuangkan dasar ini. Terus terang saya tegaskan disini pelajar perubatan USM bukanlah bertaraf antarabangsa walaupun USM telah mendapat status Universiti APEx sekiranya tidak ada usaha2 yang dilakukan untuk mengantarabangsakan mahasiswa perubatan khususnya dan mahasiswa USM amnya. Oleh yang demikian saya merasakan tanggungjawab saya untuk melakukan perubahan di kalangan rakan2 mahasiswa perubatan USM untuk sama2 maju dengan status USM kini.


Apa yang saya cuba lakukan adalah membina tangga kearah mencapai objektif mengantarabangsakan mahasiswa. Dan untuk menaiki tangga dan sampai ke puncak memerlukan jangka masa yang lama. Mungkin 5-10 tahun. Untuk pengetahuan juga, dasar ini merupakan satu-satunya pelan jangka masa panjang yang saya fikirkan untuk membantu pelajar. Keputusannya tidak dapat dilihat dalam masa yang terdekat. Tapi anda boleh lihat hasilnya bila anda kembali semula ke USM selepas suatu ketika nanti. sekiranya kita melihat untuk jangka masa pendek sudah semestinya akan ada diantara pelajar yang mengatakan usaha saya ini hanyalah sia2 semata2. Tetapi percayalah, dasar ini sangat penting untuk anda kompetitif di peringkat antarabangsa dan bukannya jaguh kampong sahaja.


Ingatlah wahai rakan seperjuanganku bahawa kita bukan sahaja akan berkhidmat untuk Malaysia tetapi akan ada diantara kita yang akan dihantar keluar Negara untuk melanjutkan pelajaran dan berkursus di luar Negara nanti. Disitu nanti anda akan sedar betapa pentingnya anda kompetitif bukan sekadar di dalam Negara tetapi juga di luar Negara. Bagi mahasiswa perubatan yang berminat untuk menjadi ahli politik, dekan, pengarah hospital dsbgnya, adakah anda rasa anda layak untuk memegang jawatan tersebut sekiranya anda hanya kompetitif diperingkat nasional sahaja?tepuk dada tanyalah selera. Percayalah semasa menuntut di Universiti inilah peluang terbaik untuk kita menonjolkan diri, memperbaiki segala kelemahan diri, mempelajari segala softskill yang disediakan dll agar anda menjadi individu yang kompetitif selepas tamat pengajian.


Daripada pengamatan saya terhadap system USM itu sendiri, saya tidak nampak system yang jelas untuk membantu pelajar supaya berada di peringkat antarabangsa dan mungkin sebab itu segala jawatan tertinggi Universiti seperti pengarah kampus, dekan dan seangkatan dengannya tidak dipegang oleh graduan USM. Bukan sekadar di USM sahaja, lihat Universiti lain seperti UM, UKM dll kebanyakan yang memegang tampuk pimpinan adalah dikalangan yang pernah menuntut di luar Negara. Renung2 dan fikir2kanlah.


Bagi sesetengah pelajar PPSK yag bertanya kepada saya mengapa saya tidak meluaskan usaha ini agar semua bukan sahaja kepada pelajar perubatan sahaja dan jawapan saya kepada mereka sebelum saya cuba untuk meluaskan usaha ini biarlah dahulu saya laksanakan di PPSP kerana itu adalah janji saya kepada mereka. bukan apa, saya khuatir yang dikejar tak dapat & yang dikendung berciciran. biarlah ia bermula dengan perlahan-lahan. Terus terang saya katakan disini untuk merealisasikan dasar itu adalah perkara yang sukar. Bukan semudah lidah berbicara. Apa2 pun terpulanglah kepada wakil MPP kesihatan untuk melaksanakan di PPSK kerana saya telah memberikan method untuk mencapai dasar ini. terpulang untuk ikut @ tidak.Untuk pengetahuan anda juga, semasa saya menghadiri kursus pengurusan organisasi Majlis Perwakilan Pelajar KPT ada dikalangan MPP daripada university lain yang cuba mengutarakan bagaimana kita nak megantarabangsakan mahasiswa selain bergantung kepada KPT dengan membawa 10% pelajar asing untuk program undergrad(Di kampus kesihatan tidak dlaksanakan) dan dikesempatan itu saya telah membentangkan method yang saya cuba bawa di USMKK untuk dilaksanakan di university mereka dan method yang saya bentangkan telah mendapat sambutan yang baik daripada universiti2 lain.


Di kampus induk sekarang juga telah mengimplementasikan method yang saya cadangkan dengan membawa sedikit perubahan pada system MPP induk dengan mengadakan meeting dalam bahasa Inggeris dan yang slanjutnya akan mnyusul mengikut peredaran masa. Tidak kurang hebatnya rungutan daripada sesetengah MPP induk yang saya dengar berkenaan meeting dalam bahasa Inggeris ini tapi setelah mendengar hujah saya mereka pun sedar betapa pentingnya pemimpin menguasai bahasa Inggeris. Bukan bermakna kita mengenepikan bahasa kebangsaan tetapi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di samping bahasa kebangsaan. Pemimpin yang tidak menguasai bahasa Inggeris tidak akan mampu membawa Malaysia ke peringkat global. Sedangkan pemimpin Negara perancis menguasai bahasa inggeris walaupun bahasa utama mereka adalah bahasa perancis. Apa2 pun segala idea yang cuba saya utarakan bukanlah hadir daripada kebijaksanaan akal saya tetapi segala idea itu datangnya daripada Allah S.W.T dan saya hanya menyampaikan idea yang Allah kurniakan kepada saya. Sesungguhnya saya hanyalah hamba yang lemah lagi hina dan tidak mampu tanpa bantuan daripada Allah S.W.T. segala yang baik itu dating dari Allah dan yang buruk itu dating daripada saya sendiri.


Antara method yang cuba saya bawa ialah:
1. Penggunaan bahasa inggeris untuk tazkirah & pengumuman dalam dewan kuliah.
2. Perbualan dalam dewan kuliah menggunakan bahasa Inggeris.
3. Notis,bulletin MPP dan projek2 bawah MPP menggunakan bahasa Inggeris.
4. Meeting MPP dan projek di bawah MPP menggunakan bahasa Inggeris.
5. Surat menyurat, kertas kerja MPP dan projek bawah MPP dibuat dalam bahasa Inggeris.
6. Emcee aktiviti MPP menggunakan bahasa Inggeris.
7. Mengadakan kelas bahasa asing selain bahasa Arab.
8. Peperiksaan bahasa Inggeris lebih ketat( Pusat Bahasa tidak akan lagi membantu meluluskan pelajar yang gagal dalam bahasa Inggeris dan penyemakan kertas ujian bahasa Inggeris adalah lebih ketat & telus)
9. Mengadakan program pertukaran pelajar ke unversiti luar negara.
10.Dll


Segala method diatas bukanlah untuk dilaksanakan secara serentak tetapi dari semasa ke semasa. MPP akan memberikan guideline berkenaan dengan stage2 perubahan ini nanti setelah tamat perbincangan dengan pihak berwajib. Dan cadangan MPP ini akan dibantu oleh pusat bahasa dalam usaha untuk merealisasikan usaha murni ini. Akhir sekali, cuba lihat apa yan hendaklah dilaksanakan oleh MPP ini untuk jangka masa panjang dan anda akan melihat kebaikannya. Malulah anda sebagai mahasiswa Universiti APEx sekiranya anda tidak menguasai bahasa Inggeris dan kompetitif di peringkat antarabangsa. Sekian,wasalam...

1 comment:


I made this widget at MyFlashFetish.com.